Monday 18 July 2011

SaHaBAt

Sahabat..
Marilah mengembara bersamaku
Melalui lorong-lorong hidup manusia..
Pelbagai onak dan ranjau
Penuh mehnah dan ragam

Lihatlah sahabatku..
Manusia-manusia disekelilingmu..
Ada di antara mereka bahagia kerana harta..
Ada di antara mereka derita kerana musibah..
pada bahagia ada yang alpa..
pada derita ada yang  redha..
lalu ku singkap sebuah bicara
sesungguhnya pada penciptaan manusia..
xdijanjikan kesenangan sepanjang kembara..
namun akan diiringi setiap langkah
andai iman itu kau jadikan tahta..

ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Perlukn usaha dan pengorbanan yang tiada sudah..
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya..
Dapatkah kau rasa..
Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan Dia
Walau dalam lalai dan leka..
Kita masih memohon belas kasihanNya..
Terasa diri hamba yang penuh nista
DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah..
Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya..

Sahabat..
Tahukah kalian betapa dunia ini semakin dimamah usia
Bahawa sesungguhnya kematian semakin menghampiri kita..
Dalam sedar jua lena
Suatu saat kita akan kembali kepadaNya..
Namun bukan itu yang merintih jiwa..
Bukan itu yang menggamit rasa..
Yang ku resah menghitung masa
Adalah bekal yang akan ku bawa..
Menghadap Dia yang Esa..

Sahabat..
Layakkah kita untuk ke Jannah..
Penuh nikmat tanpa hampa
Pada sungai mengalir indah
Pada syurga kelazatan tak terhingga
Namun tak pula sanggup hatta melihat neraka
Penuh siksa tanpa bicara
Tak guna sesal mahupun nasuha
Hakikatnya terhimpun balasan noda dan dosa
Sengsara menanggung azab tak terkira..

Kerana itu sahabat..
Ku bawa dirimu meneroka..
Menyingkap rahsia adam dan hawa..
Yang pada dunianya kelihatan begitu indah
Terlupa fantasinya kehidupan sementara
Menggumpul dosa melebur pahala
Sehingga lupa menghitung singkatnya kembara..
Agar pada seketul daging bernama hati..
Akan kita tinggalkan secebis memori
Ingatan sepanjang melintasi mimpi
Bahawa kita ada satu misi..
Bertemu cahaya dan redha Ilahi..

Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita..
Saban hari tak terlepas melakukan salah
Bertuahnya kita sebagai hamba
Kepada Tuhan yang Maha Bijaksana
Maha Pengampun Maha Pemurah
Walaupun segunung dosa telah dikumpul..
Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan..
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan..
Namun pintu taubat sentiasa terbuka..

Pernahkah kita terfikir sahabat..
kita telah melafazkan 2 kalimah syahadah
Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa..
Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya..
Dan saat itu kita Islam yang nyata
Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?
Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya..
Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya..
Mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya..
Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya..
Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya..
Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?
Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya..
Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya..
Namun apakah kita beramal dengannya?
Surah demi surah telah tercatat kisah teladan..
Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam..
Dari satu kurun  beralih  zaman..
Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan..
Adakah kita mengambil iktibar daripadanya?
Malunya diri ini tatkala menilai rasa kehambaan..
Tatkala menghitung bait-bait pengabdian
Yang semestinya tak mampu menebus segala kekesalan
Pada jiwa hamba yang sarat pemberontakan..

Kerana itu sahabatku..
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama
Memuhasabah diri yang penuh aib kejahilan..
Agar saat dihitung amal perbuatan kita
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya
Menuju syurga yang kekal bahagia
Abadi buat selama-lamanya.. 

                                                                                                 ( kata2 seorg UKHTI )